Berita

Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) bagi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

RMS

LIPIS, 29 September 2020 - Majlis Pembukaan Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah tahun 2020 bagi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di Bilik Gerakan pada jam 9.00 pagi. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim serta pegawai-pegawai yang terlibat di dalam penilaian. 

Seramai 6 orang panel yang diketuai oleh Encik Mohd Yusri bin Mohd Nor iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah Jerantut telah hadir bagi memeriksa dan menyemak fail serta memberi penarafan bintang berdasarkan keputusan penilaian.

Semoga dengan penilaian yang dilaksanakan akan dapat menambahbaik sistem pengurusan di jabatan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang selaras dengan misi dan visi jabatan.

Halaman ini belum pernah dipaparkan.


Kembali ke Atas