Berita

Penantian selama 35 tahun berakhir

RMS

LIPIS, 27 November 2019 - Majlis Undian Lot bagi peserta-peserta Projek Kampung Aur Gading Felcra Berhad Kawasan Sungai Kambang telah berlangsung di Dewan Balora Kampung Aur Gading.

Seramai 80 orang peserta telah terlibat dalam undian ini. Setiap lot berkeluasan 6 ekar bagi setiap 1 petak telah diserahkan kepada peserta. Majlis ini sekaligus mengakhiri penantian peserta yang menunggu untuk mengetahui lot masing-masing sejak 35 tahun yang lalu.

Selain wakil Felcra, turut hadir dalam majlis tersebut adalah Puan Siti Fatimah Noor binti Ab Jabar, Penolong Pegawai Tanah (Pelupusan) dan ADUN Padang Tengku, Dato' Mustapa bin Long.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 19 kali.


Kembali ke Atas