Berita

Pemeriksaan kesihatan berkala bagi warga kerja

RMS

LIPIS, 11 Julai 2018 – Pemeriksaan Kesihatan Siri 1 bagi warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah berlangsung dengan lancar. Program ini adalah anjuran bersama Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Plus dan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis. Sukarelawan KOSPEN Plus adalah terdiri daripada 12 orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Penubuhan KOSPEN Plus di PDT Lipis ini adalah inisiatif dari Pegawai Daerah yang terdahulu iaitu Dato’ A Rahman bin Hamzah, DIMP, PKC. 

Program "Komuniti Sihat Pembina Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi. Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui pendekatan yang agresif dengan penubuhan functional units yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh Negara yang akan bertindak sebagai health agent of change. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM.

Antara pemeriksaan yang dijalankan adalah bacaan paras gula darah darah, bacaan tekanan darah dan pemeriksaan BMI (body mass index) yang melibatkan ukuran berat dan tinggi. Hampir 100 orang kakitangan telah melibatkan diri dalam program ini. Pegawai Daerah Lipis telah menyarankan agar pemeriksaan ini dibuat secara berkala pada hari Rabu minggu ke dua setiap bulan. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 44 kali.


Kembali ke Atas