Berita

Pelupusan kertas undi PRU ke-14 bagi Parlimen Lipis

RMS

LIPIS, 12 September 2018 - Pelupusan kertas undi dan dokumen-dokumen pilhan raya umum ke-14 (PRU-14) bagi Parlimen Lipis P.079 telah dilaksanakan di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Pelupusan ini adalah mengikut peraturan 25E(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981) kertas undi dan dokumen-dokumen bagi Pilihan Raya Umum boleh dimusnahkan selepas 21 hari jika tiada petisyen difailkan di mahkamah. Mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia ke-779 pada 27 Jun 2018 telah memutuskan supaya tarikh pelupusan dokumen-dokumen PRU-14 adalah bermula pada 1 Ogos 2018.

Daerah Lipis merupakan daerah pertama di negeri Pahang yang membuat pelupusan kertas undi dan dokumen-dokumen pilhan raya umum ke-14 (PRU-14). Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Umum Parlimen Lipis P.079 telah bersetuju untuk memusnahkan dengan cara bakar dan tanam pada 12 September 2018 jam 9.00 pagi. 

Pelupusan ini telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Lipis, Supt. Azry Akmar bin Dato Hj Ayob, Penolong Pegawai Pengurus, Pembantu Pilihan Raya, Kerani Pilihanraya, buruh dan wakil Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang. 


Gambar menarik seterusnya di http://pdtlipis.pahang.gov.my/...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 40 kali.


Kembali ke Atas