Berita

Pegawai Daerah terima darjah kebesaran

RMS


KUANTAN, 8 Disember 2018 - Pegawai Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim adalah antara 34 individu yang telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP). Penganugerahan pingat itu telah membawa gelaran Dato' adalah sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Seramai 178 individu telah dianugerahkan pingat secara keseluruhannya. 12 individu menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Lima individu lain pula diperkenan menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) membawa gelaran Datuk. 

Selain itu, seramai lima individu menerima pingat Setia Ahmad Shah (SAP), 13 penerima Setia Mahkota Pahang (SMP), 10 penerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 29 penerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), 22 penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 13 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 35 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 41 kali.


Kembali ke Atas