Berita

PDT Lipis ungguli Pertandingan Perarakan

RMS

LIPIS, 19 November 2018 - Kontinjen PDT Lipis muncul juara bagi Pertandingan Sepanduk dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul dan Tilawah Al Quran peringkat Daerah Lipis bagi tahun 1440 Hijrah/2018 Masihi telah diadakan di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis. Kontinjen yang membawa slogan "Berbudi, Berhikmah dan Bertoleransi" yang diwakili oleh seramai 36 orang peserta telah meraih kejuaraan buat julung kalinya.

Hadiah telah disampaikan oleh  Al-Fadhil Qadhi Lipis, Tuan Haji Abu Bakar bin Ismail dan diiringi oleh penceramah bebas,Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat. Kontinjen PDT Lipis telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 bagi setiap kategori dan sijil penghargaan daripada pihak penganjur.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 40 kali.


Kembali ke Atas