Berita

PDT Lipis selangkah ke arah pensijilan ISO 9001:2015

RMS

LIPIS, 29 Disember 2020 - Bengkel Pemahaman Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diadakan pada 28 dan 29 Disember di Bilik Gerakan. Bengkel ini dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting selaras dengan pembudayaan norma baharu. 

Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Encik Muhammad Zulfadhli bin Mohd Jamal iaitu Juruaudit Sistem dan juga Jurulatih dari AJA EQS Certification (M) Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan badan pengurusan dan penyedia latihan sistem pengurusan antarabangsa yang mapan.

Antara objektif bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran akan kepentingan pensijilan ISO terhadap agensi selaras dengan cogankata jabatan iaitu Perkhidmatan Berteraskan Pencapaian. Bengkel ini juga membantu peserta yang terdiri dari ketua unit untuk membuat dokumentasi yang diperlukan kelak.

#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#PahangGo
#PejabatDaerahdanTanahLipis
#PerkhidmatanBerteraskanPencapaian

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 14 kali.


Kembali ke Atas