Berita

PDRM muncul Kontinjen Keseluruhan Terbaik

RMS

LIPIS, 31 Ogos 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul sebagai Kontinjen Keseluruhan Terbaik bagi perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Daerah Lipis. Kontinjen PDRM telah menewaskan 34 kontinjen yang lain yang terdiri daripada jabatan kerajaan, badan beruniform, organisasi bukan kerajaan dan mukim-mukim daerah Lipis. Permarkahan dibuat oleh lima orang juri dari pelbagai agensi.

Bagi kategori jabatan atau agensi kerajaan, johan telah diraih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diketuai oleh Encik Mohd Zaida bin Ab Rahim, diikuti oleh Pejabat Daerah dan Tanah Lipis (PDTL) yang diketuai oleh Encik Mohd Faiz Hakimi bin Ibrahim dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diketuai oleh Puan Norlela binti Ibrahim @ Ali.

Bagi kategori badan beruniform, johan telah diraih oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh LT Muda Mohamad Alimi bin Mohd, diikuti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Inspektor Mohd Azuan bin Saad dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) yang diketuai oleh Pegawai Bomba II Ariffa bin Mamat.

Bagi kategori pertubuhan atau swasta atau NGO atau kampung, johan telah diraih oleh Mukim Kuala Lipis yang diketuai oleh Encik Shahlan Aidilfitri bin Abu Hanifah, diikuti oleh Mukim Telang yang diketuai oleh Encik Satmi bin Osman dan Mukim Cheka 1 yang diketuai oleh Encik Baharudin bin Md Ali.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 29 kali.


Kembali ke Atas