Berita

Penganjuran Minggu Sains Negara 2018

RMS

KUALA LIPIS, 6 April 2018 - Bersempena Penganjuran Minggu Sains Negara 2018, Unit Latihan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan program yang berkaitan. Penganjuran ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 13 Disember 2017 dan perlu dilaksanakan pada minggu pertama bulan April setiap tahun di seluruh negara. Minggu Sains Negarai ini adalah bermatlamat meningkatkan kesedaran dan kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan bagi pembangunan modal insan dan membudayakan STI di kalangan masyarakat.

Ceramah Sains dan Islam sempena Penganjuran Minggu Sains Negara 2018 telah diadakan pada 5 April 2018 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Seramai 50 orang dari pelbagai latarbelakang kerjaya telah dipilih bagi menyertai ceramah yang berlangsung selama 6 jam.

Encik Akmar bin Alias, Pensyarah (DH41) Unit Geomatik dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan telah dijemput bagi menyampaikan ceramah berkaitan. Beliau yang berpengalaman 13 tahun dalam bidang astronomi sempat berkongsi dengan peserta mengenai kesinambungan antara sains dan Islam serta meningkatkan pengetahuan  tentang pentingnya sains dan Islam di masa kiini supaya tidak disalahertikan  serta disalahgunakan. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 76 kali.


Kembali ke Atas