Berita

MPKK perlu terus berdaya saing

RMS

LIPIS, 14 Disember 2018 - Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. YAB Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy telah hadir bagi menyampaikan watikah tersebut kepada 542 orang Pengerusi MPKK dari daerah Lipis, Jerantut dan Raub. Turut hadir dimajlis berkenaan adalah Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin, YB Dato' Hj. Nazri Ngah, Dato' Sri Aziz Kiram dan En. Rahim Muda.

Dalam ucapan Menteri Besar berharap pihak MPKK nanti akan terus bergerak secara cergas bagi kemajuan kampung. Di samping terus berdaya saing bagi memajukan kampung masing-masing. YAB Menteri Besar memaklumkan bahawa elaun JKKK telah tergantung selama 5 bulan berikutan perubahan kerajaan selepas PRU14 lalu.

Hadir sama YB Ahli Parlimen Lipis, ADUN Padang Tengku, Pegawai-pegawai Daerah serta Penghulu-penghulu dan kakitangan kerajaan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 40 kali.


Kembali ke Atas