Berita

Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Daerah Lipis

RMS

LIPIS, 17 Disember 2018 - Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Daerah Lipis telah berlangsung di Dewan Sultan Jubli Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang. Perhimpunan ini adalah perhimpunan kali ke dua ini disiarkan secara live melalui Facebook akaun Menteri Besar Pahang iaitu Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail. Perhimpunan ini adalah bagi menyampaikan informasi baharu dalam pelaksanaan pentadbiran di Negeri Pahang kepada anggota penjawat awam. 

Dalam majlis tersebut, lebih 15 agensi kerajaan berhimpun bagi mendengar ucapan YAB. Menteri Besar juga menyentuh perkara berkaitan penurunan kuasa kelulusan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah daripada pihak berkuasa negeri atau Menteri Besar kepada pentadbir tanah. YAB. Menteri Besar juga telah mewujudkan portal Aduan Rakyat iaitu aduanwanrosdy.com yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah rakyat di negeri Pahang. Selain itu, YAB. Menteri Besar turut memaklumkan pembayaran wang ihsan kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebanyak RM500.00 pada 18 Disember 2018 sebagai menghargai jasa dan komitmen penjawat awam di Negeri Pahang. 

Pegawai Daerah Lipis, YH. Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim telah mengambil kesempatan untuk berucap di akhir perhimpunan bagi mengingatkan penjawat awam agar sentiasa mengamalkan sikap yang terpuji bagi memartabatkan profesionalisme penjawat awam di negeri Pahang. 


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 58 kali.


Kembali ke Atas