Berita

​Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Lipis bagi tahun 2020

RMS

LIPIS, 16 Oktober 2020 - Mesyuarat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) bagi Daerah Lipis telah diadakan di Bilik Gerakan pada jam 3.00 petang. Dianggarkan 70 orang penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lipis merangkap Pengerusi PEMADAM bagi Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim.

Dalam ucapan aluan, Pengerusi mengingatkan semua ahli supaya mengelakkan diri dari terjerumus dengan aktiviti penagihan dadah. Pengerusi juga menyokong usaha Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menjalankan saringan ke atas penjawat awam agar aktiviti tidak bermoral ini dapat dibendung. Beliau juga menerangkan bahaya pengambilan dadah di dalam kehidupan seharian yang seterusnya akan memberikan impak negatif bagi diri, keluarga dan masyarakat. 

Sepanjang tahun 2019, sebanyak 4 program telah dianjurkan iaitu lawatan ke CCRC Benta, Perhimpunan Agung PEMADAM Peringkat Kebangsaan di Shah Alam, Mesyuarat Agung PEMADAM Peringkat Daerah dan Mesyuarat Agung PEMADAM Peringkat Negeri Pahang. Kesemua program ini telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa PEMADAM Daerah Lipis.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 3 kali.


Kembali ke Atas