Berita

Merapoh Cave Run and Fun Run 2020

RMS

LIPIS, 15 Februari 2020 - Merapoh Cave Run and Fun Run 2020 telah berlangsung di Merapoh, Lipis. Larian tersebut turut disertai oleh YH Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim dan keluarga. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta tempatan dan luar. Seramai 400 peserta telah menyertai larian tersebut. 

Sebanyak tiga jarak larian yang dipertandingkan iaitu larian sejauh 5km, 10km dan 15km. Trek yang disediakan urusetia pertandingan amat menarik kerana peserta dapat melihat keindahan Merapoh yang terkenal dengan keindahan gunung dan guanya. Program ini dianjurkan bersama Persatuan Pencinta Alam Merapoh, Pejabat Penghulu Mukim Batu Yon2 dan JKKK Merapoh serta mendapat sokongan dari Pejabat Daerah dan Tanah Lipis serta agensi berkaitan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4 kali.


Kembali ke Atas