Berita

Menteri Besar Pahang luangkan masa santuni penduduk di Mela

RMS

LIPIS, 11 JANUARI 2020 - Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail memulakan program pada pagi ini dengan meluangkan masa bersiar ke pasar pagi di Dataran Pekan Mela, di sini untuk bersantai mesra dengan masyarakat tempatan.

Selepas itu, beliau menikmati sarapan pagi di Warung Pak Ngah Atan dengan wakil dan penduduk setempat. Beliau berasa seronok dapat melihat suasana kampung yang damai dan keharmonian masyarakat di sini dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga berterusan suasana seperti ini demi kemakmuran bersama.

Sumber: https://www.facebook.com/wanrosdyOfficial/photos/pcb.2507728319443247/2507726179443461/?type=3&theater

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 48 kali.


Kembali ke Atas