Berita

Memperkasakan peranan pembantu tadbir

RMS

CHEKA 1, 8 Ogos 2018 – Bahagian Pembangunan  Daerah PDT Lipis telah menganjur Taklimat Asas Pengurusan Tanah yang bertempat di Pusat Internet Kampung Mela. Taklimat diadakan khusus untuk pembantu tadbir (perkeranian/ operasi) yang bertugas di pejabat-pejabat penghulu di daerah Lipis iaitu seramai 11 orang.

Tujuan taklimat ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pembantu tadbir serta memperkasakan peranan pembantu tadbir yang bertugas di pejabat penghulu agar dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada orang ramai. Cik Ezatul Farrita binti Kamaludin iaitu Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis merupakan penceramah taklimat tersebut. 

Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Majlis penutup turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Cheka 1, Encik Mohamad Faiz bin Abdullah dan Pengurus Pusat Internet Kampung Mela iaitu Encik Jamizulazra bin Zulkifly.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 32 kali.


Kembali ke Atas