Berita

Menaiktaraf astaka Pekan Kerambit

RMS

CHEKA, Lipis – 3 Julai 2018 -  Pegawai Daerah Lipis, Encik Mohd Hafizi bin Ibrahim, Penghulu Mukim Cheka 1 dan 2, Encik Mohamad Faiz bin Abdullah, Penolong Jurutera Bahagian Pembangunan Daerah serta Pengerusi JKKK Kampung Kerambit telah membuat lawatan projek menaiktaraf astaka iaitu pentas Kerambit. Lawatan tersebut juga bagi meninjau kerja-kerja berkaitan di Kampung Kerambit. Lawatan dibuat pada pukul 2.00 petang bagi memastikan segala projek yang telah diserahkan kepada pihak kontraktor berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.  

Projek ini adalah di bawah Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) Tahun 2018 dan kontraktor yang terlibat adalah Kembang Mekar Enterprise. Ianya memberi kemudahan kepada penduduk Kampung Kerambit seramai lebih kurang 464 orang daalm membuat aktiviti yang melibatkan penggunaan astaka berikut. Projek ini bakal digunakan untuk program-program luar dari jabatan kerajaan untuk penduduk setempat bagi program hari sukan, program anjuran klinik kesihatan kampung, penyampaian bantuan dan sebagainya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 38 kali.


Kembali ke Atas