Berita

YAB MB Pahang santuni masyarakat di RTP Sungai Ular

RMS

LIPIS, 10 Januari 2020 - YAB Menteri Besar Pahang berkesempatan menunaikan solat fardhu Jumaat bersama penduduk setempat di Masjid RTP Sungai Ular, Lipis bersempena Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Tengahari YAB Menteri Besar Pahang bersama masyarakat di RTP Sungai Ular.

Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail mengambil peluang beramah mesra bersama para jemaah sambil menikmati jamuan makan tengah hari. Sumbangan dari Kerajaan Negeri turut disampaikan kepada 28 penerima yang keseluruhannya bernilai RM82,000.

Ia antara lain, bagi menampung kos perubatan, pendidikan, aktiviti-akriviti komuniti kampung, para belia dan kerja-kerja baik pulih Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Halaman ini belum pernah dipaparkan.


Kembali ke Atas