Berita

MB Pahang bawa berita gembira buat penduduk Felda Chegar Perah

RMS

LIPIS, 10 JANUARI 2020- YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail bertemu dan beramah mesra bersama masyarakat desa di Perkarangan Dewan Felda Chegar Perah. Dalam majlis ini juga beliau turut menyampaikan surat hakmilik kepada 121 orang penduduk Felda Chegar Perah.

Semoga dengan penyampaian surat hakmilik ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada penduduk setempat bagi meningkatkan taraf hidup yang lebih baik demi kesejahteraan bersama.

Pada majlis yang sama, beliau juga menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada 9 orang penerima yang berjumlah keseluruhannya RM31,300. Sumbangan ini bagi menampung kos perubatan, pendidikan, aktiviti komuniti kampung dan program pusat tahfiz di kawasan itu. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang mereka hadapi dan dapat digunakan sebaiknya bersama keluarga.

Kehadiran Menteri Besar Pahang itu ibarat membawa seribu rahmat kepada penduduk kampung disitu. Rata-rata mereka dilihat tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan beliau. Kerajaan Negeri Pahang terus melakukan yang terbaik dalam membantu dan meringankan beban rakyat. Semoga kejayaan terus bersama Kerajaan Negeri dan rakyat Pahang hidup aman bahagia di negeri yang makmur ini. 

Sumber: fb page Kerajaan Negeri Pahang

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 32 kali.


Kembali ke Atas