Berita

Mantan Pegawai Daerah Lipis kembali ke Rahmatullah

RMS

KUANTAN, 1 Disember 2019, Jenazah Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Allahyarham Dato’ Mohammad Noor Bin Rani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi.

Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.10 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) disini. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Lipis dan Cameron Highlands. Sesungguhnya jasa Allahyarham amat besar kepada Negeri Pahang terutama dalam soal Agama Islam.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail turut menziarahi dan menunaikan solat jenazah bersama keluargnya di Masjid Indera Mahkota 2.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang yang soleh, Aamiiin. Al- Fatihah.

Sumber : https://www.facebook.com/pahang.gov/photos/a.633170600456509/825051271268440/?type=3&theater

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 37 kali.


Kembali ke Atas