Berita

Majlis Sanjungan Budi 2019

RMS

LIPIS, 28 Oktober 2019 - Majlis Sanjungan Budi dan Jasamu dikenang Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi tahun 2019 telah berlangsung di Hotel Starwell, Lipis, Pahang. Majlis ini adalah majlis tahunan jabatan bagi menghargai jasa bakti yang diberikan oleh pegawai yang telah bersara. Seramai empat orang pesara telah diraikan dalam majlis ini iaitu Puan Marzian binti Ali, Puan Rosini binti Ismail, Encik Zainal Ariffin bin Ab Wahab dan Encik Tengku Haruddin bin Tengku Jamaludin. Kesemua pesara telah menamatkan perkhidmatan dalam kerajaan dalam tahun 2019. 

Turut diraikan dalam majlis tersebut adalah sembilan orang pegawai yang bertukar dari Pejabat Daerah dan Tanah Lipis ke jabatan lain. Antaranya adalah En. Mohd Zaidi Bin Awang, Cik Ezatul Farrita Binti Kamaludin, Pn. Norena Binti Nor Azidi Sabri, Pn. Syaidatul Akhmar Binti Mohd Dzukri dan En. Wan Mohd Khairuddin bin Wan Ishak.

YH Pegawai Daerah, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim dalam ucapannya memberikan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pesara dan pegawai bertukar di atas khidmat yang telah diberikan sepanjang perhidmatan di PDT Lipis. Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua.



Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 16 kali.


Kembali ke Atas