Berita

Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang

RMS

LIPIS, 9 Januari 2019 - YAB Menteri Besar Pahang dalam rangka lawatan kerja ke Daerah Lipis untuk program "Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang" yang bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Majlis tersebut dihadiri oleh bersama-sama pemimpin masyarakat dan penjawat awam di sekitar Daerah Lipis.

Turut hadir dalam majlis berkenaan YB Dato' Sri Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin (Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang), YB DS Syed Ibrahim bin Syed Ahmad (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang), YB DS Norul Azali bin Sulaiman (Exco Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang), YB Dato' Sri Mohd Sofi bin Tan Sri Abd Razak (Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang), YB Dato' Fakhruddin bin Mohd Ariff (Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang), YB En. Rahim bin Muda (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang) serta Adun Padang Tengku YB Dato' Mustafa Long dan YB Dato' Ab Rahman Ahli Parlimen Lipis.

Dalam masa sama beliau menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang dan Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR 2018 Yayasan PahangDaerah Lipis. Dalam antara lain YAB Menteri Besar memaklumkan bahawa senario politik negara yang sudah berubah dimana kerajaan megeri dan kerajaan pusat bukan dari parti yang sama. Justeru bantuan dan kewangan kerajaan negeri juga tidak lagi seperi dulu. Bagi memastikan kewangan kerajaan negeri mencukupi untuk perbelanjaan, kerajaan antaranya menggalakan rakyat membayar cukai tanah mereka dan tindakan akan dikenakan kepada mereka yang gagal melaksanakannya.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 354 kali.


Kembali ke Atas