Berita

Majlis Pertukaran Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Daerah

RMS

LIPIS, 1 Oktober 2020 - Pertukaran tempat kerja di dalam perkhidmatan awam adalah perkara yang harus dihadapi oleh mana-mana penjawat awam. Majlis perpisahan staf Bahagian Pengurusan Daerah kali ini telah diadakan secara sederhana bagi menghargai khidmat bakti yang telah diberikan oleh Puan Nur Adibah binti Abdul Talib. 

Secara ringkasnya, beliau yang bertugas hampir 11 bulan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Bahagian Pengurusan Daerah telah ditukarkan ke Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bermula 21 September 2020. Namun, beliau menangguhkan pertukaran sehingga 2 Oktober 2020 bagi menyelesaikan tugas terlebih dahulu.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Nur Adibah binti Abdul Talib. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan. Semoga maju jaya di jabatan baru dan terus cemerlang di dalam perkhidmatan awam.

Halaman ini belum pernah dipaparkan.


Kembali ke Atas