Berita

Majlis Persaraan Staf Unit Pendaftaran, Bahagian Pengurusan Tanah

RMS

LIPIS, 16 Oktober 2020 - Majlis persaraan bagi Encik Thanabalan a/l Suppiah telah diadakan bagi menghargai jasa dan khidmat bakti yang diberikan oleh beliau sepanjang perkhidmatan awam. Hari ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Majlis ini diadakan secara sederhana oleh staf Unit Pendaftaran. 

Beliau yang menjawat jawatan Pembantu Awam telah berkhidmat selama 39 tahun bermula 16 Oktober 1981. Pada awal perkhidmatan, beliau telah ditempatkan di Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis dan pada tahun 2016 ditukarkan ke Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. 

Semoga Encik Thanabalan dapat memanfaatkan persaraan ini sebaiknya, sama ada berehat secara sihat sambil meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang, mahupun dengan melakukan aktiviti kemasyarakatan atau apa sahaja aktiviti yang memberi tambah nilai kepada masyarakat.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PejabatDaerahdanTanahLipis
#PerkhidmatanBerteraskanPencapaian

Halaman ini belum pernah dipaparkan.


Kembali ke Atas