Berita

Majlis perpisahan staf Bahagian Pengurusan Daerah

RMS

LIPIS, 8 Julai 2020 - Majlis perpisahan bagi staf Bahagian Pengurusan Daerah telah diadakan dalam majlis serba ringkas petang tadi. Majlis ini dihadiri oleh Puan Nur Adibah binti Abdul Talib (Penolong Pegawai Daerah - Bahagian Pengurusan Daerah) dan staf di bahagian ini. Majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada staf yang telah bersara pada 2 Julai yang lalu iaitu Encik Mohd Najid bin Abu Daud (Penolong Pegawai Tadbir) dan staf yang akan bertukar iaitu Encik Nor Masri bin Ismail (PDT Raub) dan Encik Mohamad Hanif bin Mohamed Ismail (PDT Pekan).

Diucapkan selamat bersara dan semoga diberikan kesihatan yang baik untuk Encik Mohd Najid atau lebih mesra dengan panggilan EO Najid. Kepada staf yang bertukar, semoga dapat meneruskan perkhidmatan di jabatan baru dengan lebih cemerlang. Terima kasih di atas jasa dan bakti yang diberikan sepanjang perkhidmatan di jabatan ini. Semoga ukhwah ini terus berkekalan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 18 kali.


Kembali ke Atas