Berita

Majlis Perpisahan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pengurusan Tanah

RMS

LIPIS, 16 Oktober 2020 - Majlis perpisahan sempena pertukaran Ketua Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Tanah, Encik Azmil Hadid bin Maznan telah diadakan dalam satu majlis ringkas. Beliau telah ditukarkan ke Pejabat Daerah dan Tanah Bentong berkuatkuasa 2 Oktober 2020 namun memohon perlepasan bagi menyelesaikan tugasan sebelum bertukar. 

Secara ringkasnya, beliau yang sebelum ini menggalas jawatan Pengarah Pilihan Raya Negeri Terengganu telah ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di atas kenaikan pangkat. Setelah itu, beliau ditempatkan di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bermula pada 15 Ogos 2016. 

Semoga Encik Azmil Hadid bin Maznan akan terus berkhidmat dengan cemerlang di dalam perkhidmatan awam. Terima kasih di atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada jabatan terutamanya di dalam hal ehwal pengurusan tanah di Daerah Lipis. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan semoga ukhwah ini berkekalan.

Halaman ini baru sekali dipaparkan.


Kembali ke Atas