Berita

Majlis penyerahan projek masjid baharu Benta

RMS

LIPIS, 9 Jun 2020 - Majlis Penyerahan Projek Masjid Baharu Benta Kuala Lipis, Pahang yang disempurnakan oleh YB Dato Sri Ir. Haji Mohd Soffi Abd Razak, EXCO Kerajaan Negeri Pahang/ ADN Benta disini semalam. Penyerahan Masjid Baharu ini ianya dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan Islam. Penyerahan ini bukti Kerajaan Negeri berterusan memartabatkan agama Islam di negeri ini.

Turut hadir sewaktu majlis penyerahan adalah Dato Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha (Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang), En Azmil Hadid bin Maznan (Wakil Pegawai Daerah Lipis), Ir Mohd Ali Ismail (Jurutera Awam Pengusaha Bangunan), En Amiruddin Abdul Rahim(Jurutera Daerah Lipis), dan Ustaz Abu Bakar Ismail (Tuan Qadhi Daerah Lipis).

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 17 kali.


Kembali ke Atas