Berita

Majlis Makan Malam BKDR Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi tahun 2020 meriah

RMS

PASIR PUTEH, 3 Oktober 2020 - Majlis Makan Malam Badan Kebajikan dan Rekreasi (BKDR) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi tahun 2020 telah diadakan di Dewan Utama Sri Aman, Tok Aman Bali Beach Resort. Seramai 211 orang termasuk ahli dan keluarga telah memeriahkan majlis makan malam tersebut. Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti yang dijalankan sempena Hari Keluarga BKDR. 

Yang Dipertua BKDR Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana telah memberikan kerjasama yang baik sehingga majlis ini berjalan lancar. Beliau juga mengingatkan ahli supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 seperti mengamalkan penjarakkan sosial, kerap mencuci tangan dan memakai pelitup muka.

Dalam majlis tersebut, tetamu telah disajikan persembahan dari Moja The Clown, kumpulan Dikir Barat iaitu Juro Mudo Libat dan pertandingan Karaoke. Selain itu, terdapat 30 hadiah cabutan bertuah dan 5 hadiah 'grand prize' telah disediakan untuk ahli yang bertuah pada majlis makan malam. Hadiah 'grand prize' utama telah dimiliki oleh Encik Muhamad Tarmizi bin Abu Hanipah dengan membawa pulang hadiah berupa televisyen bersaiz 42 inci berjenama Sharp.
Majlis yang berakhir kira-kira jam 11.00 malam diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli dan keluarga. Semoga dengan adanya program seperti ini, ianya secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada ahli untuk beristirehat selain melakukan tugas hakiki di jabatan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 6 kali.


Kembali ke Atas