Berita

Lawatan YB SUK Pahang ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Temau

RMS

LIPIS, 6 Jun 2020 - Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Tuan Saiful Zaini Bin Mohd Bokhari telah mengiringi lawatan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Dr Sallehuddin Bin Ishak bersama Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Dato’ Fadzilla Bin Salleh, dan Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Bin Ibrahim ke kawasan sekitar Sungai Temau Daerah Lipis. 

Lawatan mengejut ini adalah bertujuan untuk melihat keadaan pencemaran sumber air mentah yang dikhuatiri berlaku di hulu Sungai Temau. Kandungan ‘manganese’ dan ‘ferum’ yang tinggi telah menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Temau tidak dapat beroperasi seperti biasa. Kandungan ‘manganese’ dan ‘ferum’ yang tinggi ini juga melepasi had maksimum piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membekalkan air bersih yang terawat kepada penduduk. 


Semua Pihak Berwajib di Peringkat Negeri sedang berusaha meneliti pemasalahan ini bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik kepada penduduk untuk menikmati kelangsungan bekalan air bersih yang terawat.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 7 kali.


Kembali ke Atas