Berita

Laksana tugas tanpa mengira perbezaan ideologi politik

RMS

KUALA LIPIS, 3 Julai 2018 - Satu Majlis Perhimpunan Bulanan untuk Penjawat Awam di Negeri Pahang bersama Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah berlangsung pada jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi. Perhimpunan tersebut telah diadakan di Dewan SUK, Blok C, Wisma Sri Pahang, Kuantan, Pahang. Perhimpunan ini disiarkan secara langsung menggunakan medium media sosial Facebook (FB Live) dan melibatkan jabatan kerajaan di daerah Kuantan. 

Di daerah Lipis, perhimpunan yang sama diadakan di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS) pada waktu yang sama. Perhimpunan diketuai oleh Tuan Mohd Hafizi bin Ibrahim, AAP iaitu Pegawai Daerah Lipis dan disertai ketua jabatan kerajaan di daerah Lipis. Selain itu, sekurang - kurangnya 500 penjawat awam dari pelbagai jabatan kerajaan turut mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.

Dalam  ucapan Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, beliau mengingatkan semua penjawat awam supaya dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan tanpa mengira perbezaan ideologi politik dan bekerja dengan sepenuh hati untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Beliau memohon agar dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 42 kali.


Kembali ke Atas