Berita

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

RMS

KUALA LIPIS, 07 April 2017 - Kursus Pemantapan Integriti Penjawat Awam Daerah Lipis dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Daerah Lipis telah diadakan pada hari Jumaat 07 April 2017 bertempat di Dewan Residen Kuala Lipis. 

Program ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Lipis, Dato' A. Rahman bin Hamzah DIMP., AAP., AMP., PKC. Penceramah bagi program ini adalah Encik Mohamad bin Hussain, Ketua unit Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Program ini telah dihadiri oleh semua wakil kerajaan yang berkhidmat di daerah Lipis. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah kumpulan pengurusan dan profesional, serta sokongan seramai 80 orang.  

Objektif program ini adalah sebagai satu langkah awal untuk mencegah rasuah di kalangan penjawat awam yang berkhidmat di daerah Lipis. Inisiatif ini sekaligus memperlihatkan kesungguhan kerajaan memerangi rasuah bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas rasuah.

http://pdt-lipis.demo.pahang.g...


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 44 kali.


Kembali ke Atas