Berita

Kursus 'Standard Operating Procedure (SOP)' Pengurusan Tanah PDT Lipis

RMS

LIPIS, 25 September 2020 - Kursus 'Standard Operating Procedure (SOP)' Pengurusan Tanah telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 23 September sehingga 25 September 2020. Kursus ini telah dijalankan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. 

Kursus ini melibatkan 25 orang peserta yang merupakan kakitangan yang terlibat di dalam pengurusan tanah dari kakitangan sokongan sehingga profesional. Encik Mohd Roszaimi bin Abd Ghani iaitu Ketua Penolong Pegawai Tanah dari Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah dijemput bagi memberikan ceramah kepada peserta.

Semoga kursus yang dijalankan ini dapat membantu dalam menguruskan hal ehwal pendaftaran, hasil, penguatkuasaan undang-undang, pembangunan dan pelupusan tanah di jabatan. Diharapkan pengurusan tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis akan lebih teratur dan seterusnya dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.

Halaman ini belum pernah dipaparkan.


Kembali ke Atas