Berita

Kursus Perkhidmatan Perintah-perintah Am (Bab "A" dan "C")

RMS

LIPIS, 7 Ogos 2020 - Kursus Perkhidmatan Perintah-perintah Am (Bab "A" dan "C") Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan pada 6 dan 7 Ogos 2020 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Kursus ini telah disampaikan oleh En Mohd Hider bin Othman, Penolong Pendaftar Sumber Manusia KUIPSAS.

Kursus ini dihadiri oleh Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim, Pegawai Daerah Lipis serta kakitangan yang lain. Kursus ini memberi pendedahan bermula dari seseorang kakitangan mula dilantik sehingga penamatan perkhidmatan. Selain itu, peserta kursus juga diberi penerangan yang jelas berkaitan cuti.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 30 kali.


Kembali ke Atas