Berita

Kursus Penulisan Memo dan Minit Mesyuarat PDT Lipis

RMS

LIPIS, 23 Julai 2020 - Kursus Penulisan Memo dan Minit Mesyuarat bagi pembantu tadbir telah dianjurkan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Unit Latihan telah menjemput Puan Shahidah binti Sulong, Perunding Latihan Kanan dari INTAN Wilayah Timur (INTIM), Kemaman, Terengganu. 

Kursus yang telah berlangsung selama 2 hari adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara penulisan memo dan mesyuarat yang efektif agar dapat diaplikasikan di dalam tugas hakiki peserta. Selain itu, peserta juga berpeluang membuat latihan penulisan secara 'hands on' di dalam kursus tersebut bagi memberi gambaran yang lebih jelas.

Semoga kursus ini akan memberi impak kepada peserta seterusnya dapat dijadikan teras kepada pengendalian mesyuarat yang lebih cekap dan efisien di peringkat jabatan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4 kali.


Kembali ke Atas