Berita

Kursus Pengurusan Tatatertib di tempat kerja bagi Pengurusan PDT Lipis

RMS

KUALA LIPIS, 16 Oktober 2017 - Kursus Pengurusan Tatatertib di Tempat Kerja bagi pengurusan PDT Lipis telah diadakan pada 16 Oktober 2017 bertempat di Institut Pertanian Daerah Lipis. 

Penceramah kursus adalah Encik Maslor bin Maskom, Penolong Pegawai Tadbir dari Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah kumpulan pengurusan dan profesional, serta sokongan seramai 51 orang.  

Objektif program ini adalah mendidik dan memberi pemahaman yang jelas kepada pegawai dan kakitangan PDT Lipis berkenaan kesalahan tatatertib yang semakin berat dan serius di kalangan penjawat awam pada hari ini.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 38 kali.


Kembali ke Atas