Berita

Pendedahan berkaitan pengurusan kewangan

RMS

KUALA LIPIS, 20 Oktober 2017 - Kursus Pengurusan Kewangan (Tuntutan Perjalanan dan Elaun Lebih Masa) telah diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2017 bertempat di Institut Perguruan Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) Kuala Lipis, Pahang. 

Objektif kursus ini dianjurkan adalah bagi memberi pendedahan kepada kakitangan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia dan mengikut Perintah Am Bab B dan Bab G.

Seramai 30 orang peserta dari kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta sokongan telah menyertai kursus ini. Encik Mohamad Suhaimi bin Abdul Wahab iaitu Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) dari Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Pahang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 44 kali.


Kembali ke Atas