Berita

Kursus National Blue Ocean Strategy (NBOS) Online

RMS

KUALA LIPIS, 9 October 2017 – Satu kursus Blue Ocean Strategy (BOS) Online telah diadakan di Makmal Komputer, Kolej Komuniti Lipis pada 8 dan 9 Jun 2017. Pelaksanaan kursus ini adalah kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Lipis. Seramai 20 orang peserta telah terpilih untuk menyertai kursus ini.

NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Blue Ocean Strategy, yang diilhamkan oleh Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne, membekalkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah. Pendekatan baru ini telah diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak untuk diadaptasi dan dilaksanakan oleh kerajaan.

PDT Lipis merupakan Pejabat Daerah dan Tanah yang pertama di daerah Pahang melaksanakan kursus ini dan sambutan amat baik telah diterima oleh kesemua peserta. Menurut Encik Romy Rossziman bin Abd Rahman, wakil PSUK Negeri Pahang,  kursus ini merupakan satu kursus yang dapat memberi impak kepada peserta bagi memahami apakah hasrat kerajaan dalam menzahirkan National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 47 kali.


Kembali ke Atas