Berita

Kebakaran di Kampung Baru Cina Benta, Benta

RMS

LIPIS, 30 Oktober 2019 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berangkat bercemar duli untuk melawat mangsa kejadian kebakaran di Kampung Baru Cina Benta, Benta, Kuala Lipis, Pahang.

Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada jam 1.05 pagi, 30 Oktober 2019. Sebanyak 15 buah rumah dilaporkan terlibat. Api dapat dikawal daripada merebak dengan skala lebih besar lebih kurang jam 4.00 pagi.

Dalam titahnya, baginda berharap mangsa kejadian bersabar di atas bencana yang menimpa dan menzahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Baginda turut mengurniakan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Gelanggang Badminton Berbumbung, Kg. Sri Benta bagi meringankan beban mangsa.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 15 kali.


Kembali ke Atas