Berita

Ke arah mewujudkan penyediaan kemudahan awam kampung yang lebih efisen

RMS

LIPIS, 13 Mac 2020 - Taklimat Projek Penentuan Sempadan Kampung dan Penandaan Kedudukan Spatial Kemudahan Awam Kampung di Semenanjung Malaysia dan Labuan telah berlangsung bermula 10 sehingga 13 Mac 2020 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini disertai oleh 12 orang penghulu mukim, pengerusi dan setiausaha daripada 81 buah JKKK di seluruh daerah Lipis.

Antara objektif taklimat ini adalah untuk melaksanakan projek penentuan sempadan kampung dan penandaan kedudukan spatial kemudahaan awam kampung di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Selain itu, taklimat ini juga bertujuan untuk mewujudkan perancangan dan penyelarasan penyediaan kemudahan awam kampng yang lebih efisen.

Taklimat ini disampaikan oleh vendor yang dilantik oleh Jabatan Perancangan Bandar Desa atau kini dikenali sebagai PLAN@Malaysia iaitu ANZ Malaysia Sdn Bhd. Hasil daripada taklimat ini, semua kedudukan telah selesai ditandakan dan mencapai objektif taklimat.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5 kali.


Kembali ke Atas