Berita

​KDYMM SPB YDPA kurnia sumbangan untuk mangsa banjir

RMS

KDYMM SPB YDPA KURNIA SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR

LIPIS, 7 Januari 2021 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk bercemar duli bagi meninjau situasi bencana banjir di daerah Lipis. Seri Paduka Baginda mendarat di Kem 8 RAMD Kuala Lipis dengan menaiki helikopter dan diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Seri Paduka Baginda berkesempatan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) - SK Clifford dan SJK (C) Chung Hwa. Seramai 95 mangsa banjir daripada 36 keluarga ditempatkan di SK Clifford, manakala seramai 180 daripada 56 keluarga ditempatkan di SJK (C) Chung Hwa.

Seri Paduka Baginda bertitah agar semua pihak berganding bahu bagi membantu mangsa banjir. Ini kerana kesemua mangsa kini berhadapan dengan ujian getir apabila kehilangan rumah dan semua harta benda musnah ekoran kejadian banjir besar yang melanda.

 
#Pahang1st

#MajuTerusPahang 

#PahangGo 

#PejabatDaerahdanTanahLipis 

#COVID19 

#PerkhidmatanBerteraskanPencapaian

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4 kali.


Kembali ke Atas