Berita

Kaunter Bergerak TH Cawangan Lipis buka kaunter untuk mudahkan urusan

RMS

LIPIS, 6 Oktober 2020 - TH Cawangan Lipis telah membuka kaunter bergerak di ruang legar Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Program seumpamanya adalah program kali kedua diadakan kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari kakitangan dan orang awam yang mendapat hebahan berkaitan pembukaan kaunter bergerak di sini.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh kaunter ini adalah pembukaan akaun dewasa dan kanak-kanak, pendaftaran haji, pengemaskinian penama, pendaftaran haji dan banyak lagi perkhidmatan lain. Ianya memberi peluang kepada pelanggan TH yang tidak berkesempatan ke cawangan terdekat bagi melakukan transaksi dengan lebih mudah.

Semoga dengan penganjuran perkhidmatan kaunter bergerak ini dapat memudahkan urusan pelanggan TH. Diharapkan program ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi dimanfaatkan oleh kakitangan dan orang awam yang berkunjung ke Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4 kali.


Kembali ke Atas