Berita

Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di Sungai Lipis

RMS

LIPIS, 2 Disember 2019 - Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Sungai Lipis, Kampung Penjom, di sini hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Tuan Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa yang dikenali sebagai Nur Dhiya Aqeela Binti Mohd Khairul Adlie, 6, disyaki lemas akibat dihanyutkan oleh arus deras selepas didapati terjatuh di sungai berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.20 pagi dan operasi mencari dan menyelamat mangsa kini giat dijalankan. "Keadaan cuaca di lokasi kejadian mendung selain paras air sungai yang tinggi dan berarus deras," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat ini dijalankan menggunakan teknik ‘water surface’ dan turut melibatkan seramai 63 anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung. 

Sumber: https://www.facebook.com/pahang.gov/photos/pcb.825709104535990/825708917869342/?type=3&theater

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 23 kali.


Kembali ke Atas