Berita

Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

RMS

LIPIS, 17 Januari 2020 - Hari Bertemu Pelanggan bersama Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dan Majlis Daerah Lipis telah diadakan di Dewan Residen Kuala Lipis kira-kira jam 10.00 pagi. Program ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai kadar cukai tanah tahun 2020 dan penjelasan mengenai caj dan fi pihak berkuasa tempatan.

Antara yang terlibat di dalam program ini adalah  wakil syarikat, wakil MPKK, wakil FELDA dan seterusnya orang awam yang hadir bagi mendapatkan penjelasan berkaitan pindaan cukai tanah dan caj dan fi pihak berkuasa tempatan. Seramai 200 orang terlibat di dalam program ini.

Selain daripada itu, kaunter semakan Unit Hasil, Unit Pendaftaran (Pejabat Daerah dan Tanah Lipis) dan kaunter semakan Cukai Taksiran (Majlis Daerah Lipis) juga dibuka bagi memudahkan orang awam membuat pembayaran dan semakan cukai berkaitan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 36 kali.


Kembali ke Atas