Berita

Gotong royong rumah kedai terbakar di Kampung Keledek

RMS

LIPIS, 2 Julai 2020 – Program gotong-royong telah diadakan bagi membantu membersih kebakaran rumah kedai binaan separuh kekal dua (2) tingkat yang terlibat dalam kebakaran pada 19 Jun yang lalu. Gotong-royong yang diadakan pada jam 3.00 petang sedikit sebanyak telah meringankan beban yang dihadapi oleh Encik Hasanudin bin Kasim yang merupakan pemilik kedai dan rumah.

Turut hadir dalam gotong-royong itu adalah Puan Afizah binti Ahmad Asri yang mewakili Ketua Penolong Pegawai Daerah (T) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, Jurutera Daerah Lipis, anggota Polis Daerah Lipis, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lipis, kakitangan Cawangan Tenaga Nasional Berhad Kuala Lipis, SWCorp Cawangan Lipis, Pejabat Alam Flora Sdn. Bhd, Penghulu Mukim Batu Yon 1 dan Pengerusi JKKK Kampung Keledek.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 18 kali.


Kembali ke Atas