Berita

Gaya hidup sihat membina kerjaya

RMS

LIPIS, 6 September 2018 - Seramai 50 orang kakitangan PDT Lipis telah terpilih untuk mengikuti Kursus Gaya Hidup Sihat Membina Kerjaya yang telah diadakan di Kem Bina Negara Lipis. Peserta yang dipilih adalah berdasarkan senarai kakitangan yang diklasifikasikan mengikut kategori Body Mass Index (BMI) iaitu obesiti, overweight dan underweight. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan penyakit berisiko tinggi kepada peserta seterusnya dapat memahami konsep gaya hidup sihat. 

Terdapat tujuh slot aktiviti telah dijadualkan bagi mengisi kursus tersebut. Antaranya adalah pemanasan badan dan senamrobik, brain gym, stress dan cara menanganinya, kenali ubat berdaftar, bahaya penyakit berjangkit, aktivit fizikal yang efekltif, dan suku-suku separuh dan makan secara sihat. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Unit Latihan PDT Lipis dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Lipis dan Klinik Kesihatan Padang Tengku.

Di akhir kursus, peserta telah dapat meningkatkan kefahaham mengenai pencegahan penyakit yang berbahaya berpunca dari pemakanan dan amalan hidup yang tidak sihat. Selain itu peserta dapat menilai kelemahan tahap fizikal dan mental bagi mereka yang terlibat.

Gambar menarik seterusnya di http://pdtlipis.pahang.gov.my/...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 41 kali.


Kembali ke Atas