Berita

Eratkan hubungan antara keluarga diraja dan rakyat

RMS


LIPIS, 25 Mei 2018 - Program Kembara Ramadan Temenggong 2018 telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fadh Mua'adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah melalui Program Bersahur yang diadakan di perkarangan Masjid Kampung Relai, Lipis.

Program berikut telah berlangsung pada jam 11.45 malam dengan YAM Tengku Fadh turut berkenan melawat 3 buah rumah keluarga asnaf iaitu Siti Hawa binti Mat, Kamariah binti Mat Atan, dan Soh bin Sani di samping mengurniakan sumbangan. YAM Tengku Fadh juga telah menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada golongan asnaf, golongan yang memerlukan serta pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah Relai, Kerambit. Sesudah majlis pengurniaan sumbangan YAM Tengku Fadh serta semua yang hadir mula bersama-sama menjamu selera makanan yang disediakan untuk bersahur.


Diangarkan lebih dari 300 orang yang hadir pada majlis berikut terdiri daripada Yang Hormat Pegawai Daerah Lipis Tuan Hafizi bin Ibrahim, YB Parlimen Lipis Dato’ Abdul Rahman bin Mohamad, YB. Adun Cheka En. Lee Ah Wong, YB. Adun Padang Tengku Dato’ Mustapa bin Haji Long, penghulu-penghulu Mukim, jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan semua JKKK Mukim Cheka II, orang - orang kampung berdekatan, serta guru dan pelajar sekolah. 


Program Majlis Bersahur Sempena Kembara Ramadhan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang ini berakhir dalam jam 4.00 pagi. Program seperti ini diharap dapat meringankan tanggungan dan beban golongan asnaf selain mengeratkan hubungan antara keluarga diraja dan rakyat jelata khususnya di daerah Lipis ini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 51 kali.


Kembali ke Atas