Berita

Empower Lipis perkenal Program "Empower Rider"

RMS

LIPIS, 7 November 2019 – Pegawai Daerah, Dato’ Mohd Hafizi bin Ibrahim telah merasmikan Perlancaran Program Rider Empower yang bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Program yang  dianjurkan oleh Empower ECER Lipis ini adalah satu inisiatif bagi membantu seterusnya memanfaatkan potensi individu yang berkemahiran berpeluang untuk merebut peluang dalam ekonomi ECER yang semakin berkembang.

Menurut “rider” tunggal Empower ECER Lipis iaitu Puan Norhaziah binti Bohari, permintaan pelanggan dari hari ke hari semakin meningkat. Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah untuk membeli barang keperluan, membayar bil, menghantar barang, dan sebagainya. Dengan kadar bayaran serendah RM2 untuk penghantaran di dalam bandar, beliau boleh dihubungi menggunakan nombor telefon bimbit 016- 9446151.

Turut hadir adalah Encik Azmil Hadid bin Maznan (Ketua Penolong Pegawai Daerah – Tanah) dan wakil dari Empower ECER Lipis iaitu Puan Aisyah Aimah binti Zakaria ,Puan Revathy a/p Arumugam dan Puan Nadiatul Hasmiera binti Hashim. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 3 kali.


Kembali ke Atas