Berita

Elakkan menangguh kerja dan tepati masa - Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim

RMS

LIPIS, 5 Disember 2019 - Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi bulan Disember telah berlangsung di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis pada jam 8.30 pagi tadi. Perhimpunan ini adalah program bulanan jabatan yang bertujuan untuk mendengar amanat dan nasihat serta info terbaru berkaitan operasi dan perkhidmatan jabatan  yang disampaikan oleh Pegawai Daerah.

YH Dato Pegawai Daerah dalam ucapannya mengingatkan semua pegawai agar menepati masa dan mengelakkan dari menangguh kerja kerana akan menyebabkan bebanan kerja para pegawai. Selain itu, beliau turut menasihatkan agar segala aktiviti pendakian dan sukan air ditangguhkan semasa peralihan monsun. Para pegawai juga perlulah mengambil langkah berhati-hati semasa menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya bagi menjaga tatasusila sebagai seorang penjawat awam. Beliau juga menggalakkan semua pegawai untuk memuat turun aplikasi Pahang Go untuk membuat transaksi bayaran utiliti, tempat letak kereta dan lain- lain seperti saranan Menteri Besar Pahang.

Selain daripada itu, Anugerah Pekerja Cemerlang Bulan Oktober turut disampaikan kepada Encik Muhammad Zulhelmie bin Zainal Abidin, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dari Bahagian Pengurusan Daerah di atas kecemerlangan beliau melaksanakan tugas harian.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 30 kali.


Kembali ke Atas