Berita

Kerosakan bahagian atap rumah

RMS

CHEKA 2, 3 September 2018 – Satu kejadian bencana ribut telah berlaku di Kampung Kerambit, Mukim Cheka 2, Kuala Lipis. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.00 petang telah melibatkan kerosakan sebuah rumah penduduk kampung. Penghulu Mukim Cheka 2, Encik Mohamad Faiz bin Abdullah dan Pengerusi JKKK Kerambit, Encik Zahid Maulana bin Abd Rahman telah hadir bagi melihat kerosakan yang berlaku.

Hasil siasatan rumah mangsa iaitu Muhamad Azulizan bin Azhar yang didiami bersama isteri dan tiga orang anak mengalami kerosakan bahagian atap rumah dan mangsa serta ahli keluarga tidak mengalami kecederaan. Sehubungan itu, laporan turut dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lipis bagi membantu mangsa bencana ribut ini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 28 kali.


Kembali ke Atas