Berita

Pilih lupus cara selamat

RMS

KUALA LIPIS, 13 April 2018 - Satu Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah ( Household E-Waste) bagi Daerah Lipis bersempena Hari Bumi 2018 telah diadakan pada 13 April 2018 (Jumaat) di Dewan Residen, Majlis Daerah Lipis, Pahang jam 9.00 Pagi. Sambutan Hari Bumi diadakan pada setiap 22 April ada bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap alam sekitar.

YBhg. Dato’ Sri KSU Azizan Bin Ahmad telah menghadiri Majlis Perasmian Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah (Household E-Waste) pada 13 April 2018 (Jumaat) di Dewan Residen, Majlis Daerah Lipis, Pahang jam 9.00 Pagi. Turut serta adalah Pegawai Daerah Lipis, Tuan Mohd Hafizi bin Ibrahim, AAP, dan Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak, SSAP., SIMP., DSAP., DIMP., AMP, Ahli Undangan Negeri bagi DUN N.05 Benta. Program ini turut dihadiri oleh penjawat awan dan swasta serta orang awam di sekitar daerah Lipis.

Antara aktiviti yang berlangsung adalah pameran berkaitan alam sekitar, kuiz "Jutawan Alam Sekitar", taklimat berkaitan E-Waste dan pengumpulan barangan E-Waste seperti televisyen, penyaman udara, telefon bimbit, peti sejuk, mesin basuh, komputer dan peralatan kecil isi rumah. Program ini adalah kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Majlis Daerah Lipis dan Cenviro Recycling and Recovery Sdn Bhd.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 84 kali.


Kembali ke Atas