Berita

Ceramah Kenali Ubat Anda anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis

RMS

LIPIS, 3 November 2020 - Ceramah Kenali Ubat Anda anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dan Jabatan Farmasi, Hospital Kuala Lipis telah diadakan di Bilik Gerakan. Ceramah ini dihadiri oleh 42 orang staf Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Ho Weng Yik, Puan Siti Farhanah binti Ahmad Sabri dan Puan Tan Lay Hsien yang merupakan Pegawai Farmasi Hospital Kuala Lipis. Penceramah turut membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menjadi duta bagi Kempen Kenali Ubat. Kempen ini bertujuan untuk mendidik masyarakat berkaitan pengendalian ubat secara lebih terperinci. 

Melalui kempen tersebut peserta telah didedahkan dengan kaedah penyimpanan ubat yang selamat, kaedah penggunaan ubat mengikut keperluan, jenis ubat terlarang, kaedah pelupusan, dan menerangkan keperluan ubat. Pengguna boleh mengenalpasti samada sesuatu ubat berdaftar melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau tidak melalui laman sesawang National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) https://npre.gov.my.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PejabatDaerahdanTanahLipis
#PerkhidmatanBerteraskanPencapaian

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 26 kali.


Kembali ke Atas